12 October 2018

Attachment Styles

Salam. Okay harini aku nak share pasal theory lagi hahaha. Kalau tak minat teori or idea tak payah la baca. Korang bukan pecaya pun. Tapi teori kali ni memang complicated sikit sebab bila google tu, aku jumpa banyak research paper. Hahaha macam dah boleh sambung master psycho je kan hahaha.

So aku rasa semua orang tahu apa maksud attachment kan? Bukan lampiran okay hahaha. Tapi apa yang aku nak cerita ni emotional attachment. Bila jiwa kau melekat dekat someone. Bunyi macam orang yang bercinta je kan. Ye betul tu. Emotional attachment usually boleh nampak bila kau bercinta dengan someone. But tak semestinya jugak lah. Even kalau experiment pun, researcher used to observe parent-child relationship. Secara teori, setiap manusia itu ada attachment style masing masing. Ada 4 styles. SECURE, AVOIDANT, ANXIOUS, DISORGANIZED. 50% dari population manusia ialah SECURE type. 25% is AVOIDANT, 20% is ANXIOUS and only 5% is DISORGANIZED. 50% manusia yang tidak tergolong dalam SECURE type bukan bermakna dia ada mental illness atau disorder. Styles ni kadang kadang dia dah jadi macam personality seseorang. Tapi dia tidak sihat, jadi dia perlu diubah.

Tapi persoalannya, apa yang membuatkan someone tu jadi secure atau tidak? Kalau aku start cita apa beza secure dengan yang lain lain, aku rasa semua orang akan mengaku dia secure. Even aku sendiri pernah rasa aku ni secure. Tapi tulah. Hahah. 

Macam diagram kat atas ni. Kalau tgk je pun dah boleh paham kot. Orang yang secure ada positive view terhadap diri sendiri dan juga terhadap orang lain. Secure people tak takut akan intimacy, tak takut untuk cakap apa yang dia nak, dan apa yang dia rasa. Orang yang secure adalah orang yang interdependent. Interdepence means jika ada dua orang yang in relationship, atau in friendship, both tak kisah untuk tolong dan mintak tolong from each other.. Maksudnya both mutually dependent on each other. 

Avoidant type ni orang yang ada positive view terhadap diri sendiri tapi ada negative view terhadap orang lain. Negative view tu bukan maksudnya dia asyik judge orang je. Kutuk orang tu kutuk orang ni. Bukan. Maksud negative tu adalah bila kau ada masalah atau kau ada benda nak buat dan kau perlu bantuan orang lain tapi akhirnya kau buat sendiri. Sebab? Sebab kau rasa kalau aku mintak tolong orang ni susah kan dia pulak. Kalau kau suruh dia buat benda ni, jadi benda lain pulak. Kalau kau bagitau apa yang kau rasa kat dia nanti dia mengelak pulak. See. Ini lah nama dia negative view terhadap orang lain. Dia rasa macam something yang block diri dia dari dependent on others. Dan dia rasa serba salah untuk cakap apa yang dia nak dan apa yang dia perlu. Usually orang avoidant ni mengaku diri dia independent. Dan selalunya jenis successful sebab work hard in everything. Macam ramai je kan orang macam ni kita jumpa kat luar. Yes. Ramai. 25% bagi aku ramai. 

Anxious type ni opposite kepada Avoidant type. Dia ada positive view on others tapi ada negative view terhadap diri sendiri. Apa yang aku maksudkan adalah orang macam ni selalu rasa macam dia tak boleh buat benda tu, tapi orang lain boleh. Contoh dia kena angkat kerusi yang berat. Dia tak try lagi tapi dia dah rasa dia tak boleh buat. So dia akan mintak tolong orang lain buat kan. Sebab dia rasa orang lain lagi kuat dari dia. Orang anxious ni dependent on others. Usually orang macam ni ada low self esteem and self worth. Selalu risau atau ada anxiety yang orang lain akan tinggal dia. Terbalik dari avoidant, avoidant takut akan intimacy tapi anxious takut akan abandonmen. Kalau perasan kat diagram tu dia tulis anxious/addict. Addict sebab usually orang macam ni ada addiction. Tak kisah la addiction apa pun. But usually love addiction. A need or a desire to have someone. 

Anxious-Avoidant atau ramai panggil Disorganized type ni dedua terus. Dia critical terhadap diri dia dan ada critical view terhadap orang lain. Yang ni kes sangat serius. Usually akan lead kepada disorder. So disebabkan tu, tak banyak orang nak explain this kind of attachment. Kalau google pun memang keluar journal terus. Tapi aku ada baca. Orang yang disorganized type ni dia nak dekat dgn orang tapi dia takut. Dia macam "Come here but go away".

Okay persoalan dia sekarang, kenapa ramai yang develop insecure attachment? Semua orang yang ada insecure attachment styles ni tak sedar pun sebenarnya perbuatan dia sendiri yang mewujudkan masalah dalam relationship dia. Sebab macam aku cakap, attachment styles ni dia sebati dengan diri dan semua orang ingat itu adalah personaliti masing masing. Of course semua ni terjadi subconciously yang mana kau sendiri rasa normal untuk bertindak sedemikian. Sebab attachment style wujud dari kau bayi lagi dan semestinya yang terlibat dalam permasalah ni adalah mak bapak kau. 


Cerita dia gini, sebagai seorang manusia, kita akan naturally depend on someone. Masa kau beranak beranak tu, kau akan nangis. Dan masa tu mak kau akan nurture kau dan bagi food. Bila bagi food kau happy. Sekarang ni kau dah paham bila kau lapar kau kena nangis. Bila nangis kau expect ada orang bagi food. Dan sapa orang yang kau depend tu? Mak kau la kan. So lepas tu kau dah paham yang mak kau la orang yang akan bagi apa yang kau perlu. So atachment develop bukan sebab food yang dia bagi tapi care and responsiveness by your mom. Bila kau dah tahu siapa orang yang akan protect kau, time tu kau dah develop attachment dengan dia. So bila berlaku separation, contoh ada orang nak dukung kau, kau akan nangis sebab kau tahu mak kau tak da. Masa tu mak kau kena reassure yang dia ada kat sebelah kau dan dia tak pergi mana mana pun so that kau rasa secure.

Orang yang ada insecure attachment styles ni disebabkan mak bapak dia sendiri tak paham atau tak response kepada needs dia. Avoidant type terjadi disebabkan mak bapak kau treat kau macam orang dewasa. Bila kau nangis lapar nak susu mak kau delay bagi makanan. Contoh tengah malam kau nangis lapar susu. Pastu mak kau cakap "kejap ye 5 minit lagi, nak tido jap" hahahah kau pikir bayi umo 1-2 tahun paham maksud 5 minit? Disebabkan benda ni, kau belajar yang even kau nangis, tetap mak kau tak respon kat kau. Jadi kau nak depend kat sapa? Tak de. Sebab tu bila kau besar kau acah jadi independent sampai tak nak dependent kat sapa sapa. 

Anxious type terjadi disebabkan mak bapak kau ambivalent dalam interaction dengan kau. Contoh kau paham yang kalau kau nangis mak kau akan bagi makanan atau comfort kau. Tapi bila kau nangis n bagi sign kata lapar mak kau tak comfort kau pun. Pastu esok tu bila kau nangis lagi, mak kau interact pulak dgn kau. So kau confuse mak kau sayang kau atau tak. Tapi nak bagitau ye, sebenarnya attachment styles develop age 0-5 tahun. Tak semestinya masa kau bayi je problem ni boleh belaku. Maksudnya bila dah besar pun boleh berubah attachment styles. 

Some people mmg secure tapi bila dia besar sikit umo 4 tahun macam tu,cara mak bapak dia treat dia lain. So berubah la jadi insecure. Contoh macam avoidant type kan, dorang ni mostly bijak. Banyak parent yang buat silap kat sini. Mostly parent treat anak dia macam orang dewasa. Aku nak pesan ni ye, nanti korang jadi parent, eventho anak kau genius IQ 200 dan boleh buat kerja sendiri, jangan treat dia macam budak besar. Walaupun pemikiran dia matang sekalipun, kids is still kids. Kau kena nurture, comfort, ajak dia main macam budak budak lain. Avoidant type jugak usually codependent. Aku malas nk explain pasal codependent. Boleh buat satu article lagi kalau nak explain haha. Tapi senang cita codependent ni macam people pleaser sikit. Dia rasa macam dia perlu help orang lain, tolong fix kan masalah orang lain. Sebab masa dia kecik mak bapak dia dia dah suruh dia buat macam macam. Mentang mentang IQ 200 kan, so dia kena jaga adik dia buat kerja rumah semua even at age 4-5 years. Tapi tak semua ye. Sebahagian je avoidant type yang jugak codependent. Avoidant jugak usually anak first. Kalau bukan anak first pun kemungkinan besar dia anak lelaki yang acah independent boleh buat semua benda sendiri. 

Hmm. aku ada tengok satu video yang apa pun yang terjadi dalam life kita, kat mana kita struggle, kita ni success ke tak, kenapa kita pilih itu ini, kenapa kita buat something sebenarnya dah ditulis dah pun. Ditulis oleh kau sendiri. Childhood kau. 95% apa yang kita buat dalam life kita adalah subconciously datang dari childhood sendiri. Pernah tengok orang takut kucing. Kenapa dia takut kucing? Dia pun taktau kenapa. Tapi sebenarnya ada sesuatu yang terjadi antara kucing dan dia semasa dia kecik. So apa pun kau pilih dalam life kau sebenarnya dah ditentukan masa kau kecik. Childhood is very crucial sebab age 0-7 years adalah age hynopsis. Kau macam kena pukau. Apa pun orang kata kat kau, kau akan ingat. Kalau orang kata kau tak cantik n bodoh. Sampai besar kau akan ada thinking macam tu. Nah tengok video kat bawah.


Jadi apa kena mengena attachment dgn problem dalam relationship? Kita semua tahu yang opposite do attract. Relationship between Avoidant dan Anxious sangat sangat lah common. As an anxious, kau akan ada huge anxiety dengan partner avoidant. Kau akan selalu nak try read mind avoidant. Anxious ada desire to chase or pursue someone tapi avoidant ada desire to be chased by someone. Tapi avoidant ni jenis "Aku nak kau dekat dgn aku, tapi kau jangan dekat sangat". Behaviour si avoidant ni buat Anxious type bertambah anxious dan dia lagi pursue. Avoidant akan rasa tertekan sebab dia rasa macam Anxious cuba control dia. Avoidant rasa macam anxious ni terlampau sayang kan dia dan cemburu buta padahal dia sendiri tak perasan perbuatan dan action dia sendiri yang ambivalent atau mixed signal tu memberi anxiety kepada anxious.












2 July 2018

Myers Briggs Type Indicator (MBTI) dan Jung's Theory


Hi. Since lama jugak aku study MBTI ni, terasa nak share sikit tapi for those yang minat je la. I know ramai yang tak minat since MBTI ni theory semata mata but kalau kau jenis suka psychology maybe kau akan sangkut dgn MBTI ni. You guys yang tak pernah dgr MBTI test ni apa, bole cuba dulu jawab soalan dekat 16personalites

Banyak article and actually banyak orang cakap MBTI ni tak accurate sebab result test dorang keep berubah ubah by time. Yass dan aku mengaku result test aku berubah ubah dulu. First time aku test dapat INFP. Lama lepastu test dpt INTJ lol. tapi aku try banyak website utk test MBTI ni sampai la aku conclude kan diri aku sebagai INTJ sbb rasa mcm kena dengan diri bila baca profile dia. Tapi lama selepas tu test aku dapat ENTP pulak. Pelik kan even MBTI test ni tak reliable, banyak company yang pakai test ni untuk ambik pekerja.

Actually setelah aku study MBTI ni, aku sedar yang MBTI ni bukan personality test tapi preference of cognitive functions. Haa preference cognitive functions tu maksd nya, apa yang otak kita prefer dalam interactions dan jugak semasa membuat decision. Sebenarnya kau tak perlu ambik test online pun untuk tahu personality type kau. MBTI ni bagi aku sangat accurate kalau kau kenal diri kau, dan kau belajar cognitive functions.

1) Tapi kenapa MBTI test tak accurate dan berubah ubah?

Aku tak galakkan sangat ambik test MBTI ni sebab selalunya kita akan jawab soalan tu mengikut apa yang kita rasa diri kita nak jadi.

Contoh salah satu soalan test MBTI berbunyi “Being able to develop a plan and stick to it is the most important part of every project” and mostly orang akan agree on this statement. Walaupun dia jenis ada option dan sentiasa terbuka for any changes, dan tak rasa anxious pun kalau suddenly plan A tak jadi dalam sesuatu projek, tapi dia cenderung untuk agree on this statement sebab dia nak diri dia jadi macam tu. Sebab kita rasa macam statement tu positive, so kalau kita disagree kita rasa macam kita ni negative. Lagi satu, MBTI test ni tak sesuai untuk orang yang berumur 19 tahun ke bawah since cognitive funtions belum develop betul betul lagi dan tak stable or kau just still unhealthy to answer this test. Unhealthy means toxic. Sorry bukan nak kata orang bawah 19 tahun semua toxic ye, tapi kau belum boleh fikir mature dalam make a decision in life.

 MBTI test jugak tak sesuai kepada sesapa yang tengah stress in long term period. Contoh kalau kau tengah handle a project right now, dan tengah stress pikir kerja, tak sesuai jawab test MBTI ni. Kalau kau tengah tak stress, tapi jawapan kau banyak kepada situasi yang kau tengah stress pun tak sesuai jugak hahaha. Contoh soalan “You have no difficulties coming up with a personal timetable and sticking to it” Ada orang yang bila tengah stress je baru stick kepada timetable, masa dia tengah relax relax tak de pulak dia ikut jadual. Tapi yang peliknya dia jawab agree untuk statement ni sebab dia meng imaginasi kan situasi semasa dia stress.

2) MBTI accurate jika bergabung dengan Jung’s Theory

Macam kita tahu, MBTI ada empat functions, either kau Extrovert atau Introvert, iNtuitive or Sensing, Feeling or Thinking, Perceiving or Judging. Apa yang menjadikan orang tak minat or tak percaya MBTI ni sebab ramai yang menganggap diri dia bukan antara dua ni. Contoh dia ambivert. So dia rasa dia bukan extro or intro. Feeling or Thinking pun kadang kadang orang rasa macam dia kat tengah tengah. Tapi bila kau try untuk utk pahamkan cognitive function or Jung’s Theory, sebenarnya MBTI menganggap setiap manusia itu perlu balance and healthy (rounded) person. So kalau kau jumpa orang yang terlampau introverted atau terlampau extroverted, dia adalah orang yang tak healthy dan brain dia belum mature sepenuhnya. So, Myers Briggs Theory + Jung Theory sangat la bagus for you to check sama ada kau menjadi manusia balance atau kau masih toxic.

3) MBTI Theory

Kalau kau ambik MBTI test kau akan dapat 4 huruf yang akan indicate kau punya personality type. Contoh type aku ENTP. E indicate aku ni extroverted person, N iNtuitive, T Thinking, dan P Perceiving. Arrangement dia memang macam ni tak bole tertukar jadi NETP ke PENT ke lol hahaha. Sebenarnya disebalik empat huruf ni, kau boleh keluarkan cognitive preferences yang Carl Jung dah proposed.

 Function ke empat from MBTI theory iaitu antara Perceiving or Judging ni ramai yang definasi kan sama ada kau organize ke tak. Contoh kalau kau punya type is ISFJ. J kan huruf ke empat tu, means Judging. Orang J ni structure, organize dan ikut rules. Kalau kau dapat type ISTP, so huruf ke empat kau tu P which is Perceiving. Perceiving ni orang yang spontaneous, flexible, random dan messy. TAPI, sebenarnya J dan P ni bukan indicate tu je. Dia berfungsi untuk control cognitive functions untuk sesuatu type tu. Macam mana P dan J ni control function? Haaa ni susah sikit nak explain hahahah.

Contoh lepas kau dah buat MBTI test, kau dapat INFJ. J akan control function decision making kau, iaitu F. Bila kau punya type J, means kau punya decision making akan extraverted. Maksud nya untuk kes INFJ ni, Feeling dia akan extraverted. Extraverted maksud nya apa? Benda yang dia tunjuk dekat external world la, dan orang akan nampak. Feeling-extraverted ni Jung panggil Fe or Extraverted Feeling. Kalau INTJ? Thinking dia lah yang akan extraverted; Te.

Kalau INFP? Hahah INFP tak de J. Lol. Hbs macam mana nak tahu Feeling dia extraverted ke tak? Okay, kalau huruf belakang dia P maksudnya Feeling dia Introverted la; Fi. Kalau INTP, Thinking dia Introverted; Ti. Tapi sebenarnya fungsi P ni bukan untuk control decision making, dia guna untuk control cara brain kau to process information. For INFP, P akan control N dia. Means Intuition dia extraverted; Ne. Kalau ISTP, S dia extraverted; Se. Kalau INFJ tadi.. N dia extra ke intro? N dia introverted; Ni. Sbb? Sebab dia tak de P la lol. ISFJ pun Sensing dia akan introverted; Si.

Haaa, aku taktau laa korang yang baca ni paham ke tak, haha tapi kalau tak paham tkpe, move on kepada arrangement cognitive function pulak. Aku bagi contoh satu type dulu, ENFP. Sebab dia P, so Feeling dia introverted; Fi and N dia extraverted; Ne. Disebabkan ENFP ialah seorang extrovert, jadi function pertama yang dia pakai adalah? Ne. Lepastu baru Fi. Untuk mem balance kan cognitive function ni, Ne dan Fi kena ada support dari function yang opposite dari dia. Opposite Fi apa? Te. Opposite Ne? Si. So susunan for ENFP ialah Ne Fi Te Si. Contoh kedua aku bagi, ISTJ pulak. Sebab J, so Thinking dia extraverted; Te. Sebab tak de P, so Sensing dia introverted; Si. Disebabkan ISTJ ialah seorang introvert, benda pertama yang dia pakai Si. Susunan for ISTJ ialah Si Te Fi Ne.

Kepada sesiapa yang tak boleh paham tulisan warna biru ni, aku dah tolong summary kan every cognitive functions for every types. Ye, aku tau tak ramai yang paham sebab aku dulu pun belajar by pattern je, sebab tak de sapa nk explain macam mana dia keluarkan function2 ni.

ESFP – Se Fi Te Ni
ESTP – Se Ti Fe Ni
ESFJ - Fe Si Ne Ti
ESTJ - Te Si Ne Fi
ENFP - Ne Fi Te Si
ENTP – Ne Ti Fe Si
ENFJ – Fe Ni Se Ti
ENTJ – Te Ni Se Fi
ISFP – Fi Se Ni Te
ISTP – Ti Se Ni Fe
ISFJ – Si Fe Ti Ne
ISTJ – Si Te Fi Ne
INFP – Fi Ne Si Te
INTP – Ti Ne Si Fe
INFJ – Ni Fe Ti Se
INTJ – Ni Te Fi Se

4) Theory Carl Jung

Oh yaa aku lupa nak cerita, tadi kat point no 3 kita belajar dari 4 huruf from MBTI test boleh keluarkan 4 functions lagi kan. 4 function tu memang arrangement dia lagutuh, hang jangan duk susun ENTP jadi Ne Si Fe Ti pulak, jadi manusia gila dah tu hahaha tak balance dalam otak. Okay apa aku nak habaq la ni, contoh 4 functions tu ada nama dia. Dominant function, Auxiliary function, Tertiary function, dan Inferior function. Contoh INFJ, Dominant function dia Ni, Auxiliary dia Fe, Tertiary dia Ti dan Inferior function dia Se.

            Dominant function ni memang naturally dalam diri kita. Kau tak perlu nak try hard apa pun. Ada orang kata dominant function ni dari kau kecik pun dah develop dalam brain. Auxiliary function ni guna untuk balance kan dominant function. Kalau dom kau extraverted, auxiliary kau mesti introverted, perasan tak? At certain age, aku lupa dah umur berapa, auxiliary akan develop. Usually kita akan pakai dua ni je dom and aux dalam everyday life kita semasa mengkumpul information dan buat decision. Tapi, sebenarnya ramai je yang tak develop aux dan terus skip pakai tertiary. Kenapa ramai yang skip? First sebab dom and tertiary function ni chemistry dia sangat kuat. Second sebab tak semua situasi kita pakai aux. Third sebab orang tu tak healthy. Contoh tak healthy tu mungkin dia depression, or ada mental illness lain, anxiety selalunya sangat common kenapa orang tak develop auxiliary function.

Auxiliary ni kalau nak dia develop elok elok dalam brain, masa kau kecik kecik kau kena ada supportive environment, which mean kau dapat kawan baik baik, family yang penyayang, environment kau healthy la kiranya. Tapi kalau kau membesar dalam chaotic environment, or orang bully kau, kau akan tends ter skip terus auxiliary dan pakai dom and tertiary function. Which means? Which means kau toxic, tak balance, tak mature, self-centre, salu rasa diri tu betul, anti-social, manipulative, sociopath! Ceh marah pulak cik dalilah hahahah. Lol.

Tertiary pulak ramai yang pakai bersama sama dengan dom, tapi tertiary ni tak matang dan tak bagus untuk guna dalam membuat keputusan. Inferior function ni function yang sangat lambat nak develop. Sampai kau dah tua pun inferior ni tak kuat mana pun. Inferior func usually akan menjelma kan diri dia bila kita stress. Ha sebab tu aku tak galakkan ambik MBTI test time stress, nanti result jadi salah. Okay mesti tak berapa paham kan every function aku cerita ni, takpa nanti kita go thru one by one for each personality type. For now macam point no 4, kita bincang sikit pasal teori Jung.

1) Ni (Introverted Intuition)

Introvert intuition ni orang yang deep, insightful, seek for meanings in everything. Abstract dan big picture, always see the pattern, future oriented thinker. Yang aku cita ni dominant Ni je heh, iaitu INFJ and INTJ. Usually dominant Ni, ni orang yang genius dan cenderung kepada sesuatu yang misteri contoh astronomy, psychology. Tapi macam  ENFJ dan ENTJ, dia pakai aux Ni, so Ni dia tak kuat sangat, tak powerful macam orang yang pakai dom Ni. Disebabkan nama pun intuition yang introvert, so orang sekeliling dia tak perasan yang dia (INFJ, ENFJ, INTJ, ENTJ) ni seek meaning and abstract thinker kalau tengok dari luaran la. Kalau macam kes ISFP and ISTP, dia pakai Ni jugak, tapi Ni dia tertiary. So tak strong abstract view dia tentang world, malah view dia bila pakai sudut abstract, tak matang pun. ESFP and ESTP pakai Ni tapi inferior. Bila dia dah matang nanti Ni dia baru develop dan ada. Tapi macam aku cakap, bila kita stress inferior akan keluar. So ESxP ni akan nampak tetiba jadi insightful semacam bila dia stress.

2) Ne (Extroverted Intuition)

            Extrovert intuition ni dah nama pun extrovert kan, maksud nya Ni yang extrovert la. Sama je macam Ni, orang yang pakai dominant Ne (ENTP, ENFP) orang yang always searching for pattern, connecting the dots, abstract thinker, big picture and see possibilities everywhere. Apa yang lain dari Ni, Ne ni pergi mana mana pun dalam dunia ni, dia tends nak terkeluar abstract view dari mulut dia. Ye, orang yang pakai dom Ne, suka cakap pasal idea yang tah papa, cakap psal theory tu, theory ni. Cakap pasal alien kat planet tu la apa. Bagi orang sekeliling dia, dia sembang karut la. Hahaha. INTP and INFP pun pakai Ne tapi aux. Sama je macam ENxP tapi dia tak sembang karut sebab dah di filter oleh decision making dia; Fi or Ti. ESFJ dan ESTJ pakai tertiary Ne, tapi Ne yang tak matang. Sama je macam aku explain ISxP kat atas tadi. Cume Ne ni membuatkan kau jadi happy go lucky dan unpredictable. ISFJ and ISTJ pakai inferior Ne dan bila stress korang akan nampak dua type ni suddenly jadi big picture person lol.

3) Si (Introverted Sensing)

            Introverted sensing ni orang yang guna sensor dia dan introvert kan benda yang dia sense. Hahaha. Karut aku explain. Macam ni. Sensor kau paham tak benda apa? Benda yang kat tubuh badan kau yang boleh sense dan receive information kat sekeliling kau. Haha contoh benda kat tubuh badan kau tu, mata, telinga, tangan. Orang yang pakai Si ni akan guna sensor dia dan introvert kan ke dalam otak. Si jugak orang yang sangat detail dan nampak benda kecik kecik yang orang lain tak nampak. Usually orang yang pakai dominant Si (ISFJ dan ISTJ) ni orang panggil Wikipedia lol hahaha sebab dorang ingat segala benda yang dorang tengok, dengar, pegang dan rasa. So kalau korang lupa apa apa, korang cari la ISFJ dan ISTJ ni sebab dia ni ingat segala benda. Dorang jugak antara yang bijak kat sekolah sebab memory dorg kuat, exam kalau hapal hapal ni bagi kat dom Si, konfom skor. ESTJ dan ESFJ pun pakai Si, tapi aux je. So memory pun bole tahan kuat, bole cari both of them jugak kalau lupa apa apa haha. Both INTP dan INFP pakai Si as tertiary which memory dorang tak power dan tak mature macam dom and aux Si. ENTP dan ENFP pakai inferior Si. Haaa bila dorang tengah stress korang akan nampak both type ni tiba tiba je detail dan perfectionist semacam.

4) Se (Extroverted Sensing)

Extroverted Sensing ni guna sensor dan outward kan kepada world. Maksudnya kalau kau jumpa orang jenis suka gerak kan tubuh badan dia, lompat sana sini, suka aktiviti lasak, hiking ke, terjun bangunan ke, haa dominant Se la tuh. Dom Se (ESTP dan ESFP) akan sangat sangat excited dengan benda sekeliling dia. Dari sudut luaran, Se dan Ne nampak hampir sama. Both are really excited person. Tapi Ne future oriented, Se pulak living in the moment. Apa yang aku maksud kan Ne orang yang sangat excited apa akan terjadi, tapi Se orang sangat excited dengan apa yang sedang terjadi. Contoh dom Ne dan dom Se berada di suatu tempat kemalangan. Dom Ne akan tanya “Weh kereta dia ni boleh repair balik ke” Tapi dom Se akan tanya “Kereta langgar apa tu? Orang tu cedera teruk ke” So Ne Se tak ngam sikit sebab Se akan rasa pehal Ne cakap tah apa apa, tak masuk akal. Tapi Ne akan rasa Se cakap benda yang nampak. Who cares dengan benda yang terbentang depan mata. Dah kau nampak benda tu, tanya lagi. Lol. Dominant Se jugak mempunyai populasi yang sangat besar dalam dunia. Pls feel lucky if you are this personality type sebab kau akan ada banyak kawan sekepala. Dominant Se jugak sangat bagus dengan direction. So kalau nak pegi hiking, suruh Dom Se lead laluan hiking, dorang sangat peka dengan benda sekeling dorang dan dorang jugak bising dekat mulut. Haha. ISFP dan ISTP pakai aux Se. Eventho dorg ni introvert, kau akan perasan dia introvert yang jenis suka move tubuh badan dia. Usually kau akan jumpa aux Se ni jadi penyanyi ke, pemain muzik, pelakon or kalau bukan art maybe introvert tapi jenis suka buat kerja berat dan practical. Aux Se ni orang panggil outgoing introvert. ENFJ dan ENTJ pakai tertiary Se. So Se dia tak kuat sangat tapi still boleh buat kerja practical even both are not sensing. INFJ dan INTJ pakai inferior Se. haa bila dorang stress kau akan nampak suddenly INxJ ni jadi practical.

5) Ti (Introverted Thinking)

            Orang yang pakai introverted thinking ni orang yang logic. Semua information dari luar dia masukkan dalam otak dan filter kan guna logic. Kalau tak logic dia abaikan. Dom Ti (INTP dan ISTP) both akan sentiasa nampak a bit critical, cold, serious dan tak sembang karut yang tak logic. ENTP dan ESTP pulak pakai Ti as auxiliary function. Lepas dah collect information from outward using Ne dan Se, they both akan analyse pakai logic so kau boleh nampak ExTP ni suka experiment benda benda yang dorang jumpa dari sekeliling dorang. Dorang nak test logic ke tak benda yang dorang nampak atau fikir tu. Tertiary Ti, INFJ dan ISFJ pakai Ti untuk balance kan aux dorang which is Fe. Dengan adanya Ti, dorang still boleh pikir logic even dorang adalah a Feeler. Macam aku cakap, tertiary function ni tak matang. So logic yang diguna pakai oleh IxFJ tak power macam Dom dan Aux Ti. Inferior Ti (ESFJ dan ENFJ) jarang guna logic dalam kehidupan seharian tapi bila stress kau akan nampak dorang jadi critical semacam.

6) Te (Extroverted Thinking)

            Te ni orang yang nak efficiency dan effectiveness dalam semua benda. Kalau suruh jadi leader apa apa organization, Dom Te (ESTJ dan ENTJ) akan angkat tangan calonkan diri dia sebagai ketua. Dorang ni cukup pantang benda tak tersusun, semak, tak structure. Rasa gatal je tangan tu nak nak bagi benda tu organize. Dom Te jugak orang yang nak semua plan tu terjadi. Realist dan a doer la senang cita. Maksudnya dorang memang tak suka dengan orang yang sembang kosong kata nak jadi businessman tapi sampai sekarang tak buat apa apa pun lol. Aux Te (INTJ dan ISTJ) walaupun introvert tapi suka akan structural environment. Ye dorang tak minat jadi leader, tapi kalau nak cari dorang ni senang je. Kat kedai buku ke pa, kau fikir tu pekerja tengah susun buku ikut abjad rupanya bukan. hahaha. Tertiary Te (ESFP dan ENFP) ni tak nampak sangat structure dia tu. Te for these type are more saying out loud benda yang dorg thinking. Both ExFP nampak charming sebab both are witty dan pandai bercakap. Inferior Te (INFP dan ISFP) ni guna Te dia untuk balance kan Dom Fi dia. Tapi macam biasa inferior tak wujud kecuali kau dah tua dan stress.

7) Fe (Extrovert Feeling)

            Orang yang pakai Dominant Fe (ESFJ dan ENFJ) both are very friendly and people person. Dom Fe ni memang seek akan harmony dan peace. Dorang tak suka gaduh gaduh or conflict. Dorang suka connected dengan orang sekeliling. Dorang tak suka pergi travel sorang sorang ke pa, mesti kena ada teman! Dom Fe suka tolong orang, sangat baik hati dan ada emotional intelligent yang sangat tinggi. Aux Fe (INFJ dan ISFJ) guna Fe untuk membalance kan dom dorang iaitu Ni dan Si. So eventho dorang introvert, dorang still suka connecting with people around dan ada ramai kawan. Both IxFJ seek peace macam Dom Fe dan akan banyak mengalah supaya orang sekeliling dia happy. ESTP dan ENTP walaupun a thinker and may look cold, tapi dorang guna Fe as tertiary. Eventho dorang buat keputusan menggunakan logic, disebakan adanya Fe, ia akan mem balance kan logic dorang dan akan cuba consider perasaan orang lain. Macam aku cakap, tertiary tak matang so Fe dorang pun tak matang. Usually both ENTP dan ESTP ni sangat lawak kalau dorang guna Fe dorang dalam kehidupan seharian. Inferior Fe, INTP dan ISTP always look critical and cold hearted, but bila dorang dah tua or matang nanti dorang akan start untuk consider keharmonian di sekeliling dorang.

8) Fi (Introvert Feeling)

            Orang yang pakai dominant Fi (ISFP dan INFP) akan nampak macam a dreamer. Both type suka mengelamun sikit. Banyak melayan perasan tapi tak pernah say out loud perasaan dorang. ISFP mungkin akan say out loud but bukan dengan mulut. Mungkin pakai action since ISFP are practical. Usually IxFP akan tend untuk bagitau perasaan dorang melalui lagu or puisi. Tapi both dom Fi kadang kadang kita rasa macam dia ni too emotional. SIkit sikit nak terasa hati. Dom Fi akan buat keputusan dengan apa yang dia rasa betul dan ber manner. Kalau dia rasa benda tu tak ber etika, dia takkan buat. Aux Fi (ESFP dan ENFP) pun lebih kurang macam dom Fi, agak emotional. Tapi both ExFP guna Fi untuk filter benda yang dia tengok atau fikir tu betul atau tak. Betul atau tak tu ikut perasaan dia sikit, tak pakai logic. So a thinker (xxTx) akan tak paham pehal orang yang pakai Fi ni nak terasa hati je memanjang dan kadang kadang tak boleh nak lawan temptation sendiri. A thinker akan pandang dom and aux Fi sambil berkata dalam hati “Fikir la logic sikit, kau tu tak de duit pastu nak gak beli benda tu. Ikut sangat perasaan tu” lol. Tapi Dom dan Aux Fi akan rasa a thinker ni insensitive. “Tak tahu ke benda ni boleh buat aku happy” kata seorang dom Fi dan Aux Fi membalas percakapan a thinker tadi hahaha. Dom Fi ni selalunya ikut mood sikit. Kalau dia rasa dia tak happy harini dia malas nk cakap dengan sapa sapa. Senang cita Dom Fi ni asyik ikut perasaan je! INTJ dan ISTJ walaupun dorang ni a thinker tapi ada Fi! Tapi macam aku cakap la, tertiary function ni tak matang. Both INTJ dan ISTJ look cold but disebabkan adanya Fi, ia akan mem balance kan Aux Te dorang dan consider decision dorang tu betul ke tak. Decision dorang buat tu ber moral ke tak. Both IxTJ ni kau takkan dapat teka apa dorang rasa. Kau tak nampak perasaan dia. Inferior Fi (ESTJ dan ENTJ) adalah orang yang kau tak boleh teka langsung perasaan dia. Dia ni asyik tunjuk apa yang dia fikir je tapi kau takkan pernah tahu dia ni sedih ke apa. Both are a leader and dorang nak kerja jalan, tak kira apa jadi. Tapi bila stress kau akan nampak tiba tiba je dorang emotional lol.

5) Conclusion

Okay setakat tu je aku nak cerita pasal MBTI. Sumpah ada banyak lagi benda dalam otak aku sebenarnya hahaha. So korang yang dah ambik test MBTI, bila baca cognitve function rasa kena tak dengan diri? Kalau tak kena maksudnya masa kau jawab soalan tu kau banyak tipu diri kau sendiri sikit hahah tak lah maybe kau tengah stress or tak healthy. Aku nak cerita kenapa kadang kadang kita rasa kita tak kena or tak match langsung dengan any 16 type ni tapi post kali ni tak meng izinkan hahaha. Nanti la weh aku cerita orang yang tak healthy, toxic bila auxiliary function dia tak develop. Bila stress kita berubah dari type kita jadi type lain (contoh aku ENTP tapi bila stress aku jadi INTJ) lol ada sebab dia kenapa tapi bukan post kali ni sorry. Bye thanks for reading.

15 January 2018

Geophysics USM

Assalamualaikum.

Hai hai. Hahaha. Jarang aku keluar cita baru kt blog ni tapi actually aku dapat request from iwanumie suruh buat post pasal kos geofizik ni.



Hahaha mesti ramai yang baca post pasal Geofizik tertanya tanya apa dah jadi kat akk ni hahah, senang ke belajar geophy. sorry sebab akak tak update langsung pasal study kat usm. I think dah tiba waktu utuk explain everything (sebab dah nak final year dah hahaha) pasal geofizik yg korang nak tahu. Maybe lepas ni dah kurang junior-junior text akak utk tanya pasal geophy haha

1. Geophysics belajar apa kak?

Okay nak tahu apa? Subjek ke? Nak tahu detail gila-gila ke? Hahaha. Tak delah, sebab ada je budak budak emel akak nak tahu detail sampai mintak lecture notes and past year semua hahah. Hebat tul research korang ni. Haha. Tapi bagus laa, so that tak menyesal kan. 4 tahun kot kalau study benda yg kita sangka kita minat tapi sebenarnya tak minat. Okay berbalik kepada subjek, haa ni dia subjek utk geophysics.

Sem 1
1) Physics I Mechanics
2) Physics III Wave, Vibration, Optics
3) Calculus
4) Physics Practical I
5) Geology I
6) Teras Keusahawanan
7) any subjek uni/ko k


Sem 2

1) Physics II Electricity and Magnetism
2) Physics IV Modern Physics
3) Vector Analysis
4) Geology II
5) Geology Practical
6) SHE ( Hubungan Etnik)
7) any subjek uni/ko k


Sem 3

1)Complex Analysis and Differential Equations
2) Meteorology I
3) Solid Earth Geophysics I
4) Exploration Geophysics I
5) Geophysics Practical
6) TITAS
7) any subjek uni/ko k


Sem 4

1)Geophysical Data Analysis
2) Solid Earth Geophysics II
3) Exploration Geophysics II
4) Geophysics Practical
5) any subjek uni/ko k


Sem 5

1)Introduction to Oceanography
2) Remote Sensing
3)Geophysics Project
4) any subjek uni/ko k
5) elektif/minor
6) FYP


Sem 6

1)FYP
2) Pilih nk ambik elektif/minor. Kena ckupkan unit


Sem 7

Pilih nk ambik elektif/minor. Kena ckupkan unit


Sem 8

minor/elektif/Industrial Training

2. Susah ke kak?

Hahaha bagi akak tak susah pun kalau nak dibandingkan dengan kos engineering ke apa. Sebab subjek subjek geophy ni membaca dan menghafaz je. Tak complex pecah kepala kira kira bagai. Just baca, paham then exam tulis essay. So nak skor dekan tu senang la. Tapi.. kalau tengok subjek first year, haaa yang tuu yang duk tarik pointer orang tu. Ramai yang graduate tak dapat first class honor tu sebab pointer first year. Sapa sapa yang masa first year dia dah dean, or 3.5 ke atas mcm tu kira dah ada peluang laa nak graduate geophysics with first class honor.

Tapi zaman korang senang kottt. Haha. Sebab since senior tahun dulu dulu sampai batch junior akak (kemasukan 2016/2017) memang nak skor susah. Tapi kemasukan batch junior yang baru baru ni, (sidang 2017/2018) nak cakap memang yang terpilih tu semua genius ke apa tk sure haahah. Tapi bagi dorang senang. Bayangkan final baru baru ni, hampir kebanyakan junior cakap calculus soo easy hahaha. I was like… Wow. Tak pernah lagi dalam sejarah orang hbs exam kata calculus easy, paling kuat pun dia kata “bole laa..” hahaha. Maybe sebab zaman junior yang sekarang format n silibus dah lain. Dulu paper calculus gabung dengan linear algebra. Sekarang linear algebra dah buang. So belajar calculus je and tak berat sangat dah.

Dari zaman ke zaman, dari zaman lecturer-lecturer geophysics ni jadi student lagi (lecturer geophysics kebanyakan grad from geophysics USM jugak) it’s not that easy to skor dean babehh (masa first year). Yang skor dean tu hanya yg lahir genius n rajin nak mmpos. Tapi tahun demi tahun, makin modern zaman tu, makin senang nk skor. Yang akak nampak beza junior batch 2017/2018 dengan zaman kitorang dulu (padahal jarak dua tahun je) is penglibatan dalam program utk kumpul point myCSD. 

Okay apa itu MyCSD? Erm, tahu kan every university ada kolej kediaman which is hostel la senang cita. Tapi kat USM tak panggil kolej kediaman (KK) ye.. USM panggil Desasiswa (Desa). Untuk USM and rasanya mmg kebanyakan university mengamalkan sistem kutip point merit utk dapatkan hostel for next year. Tapi kat USM bukan sekadar kutip seronok-seronok ye, nanti grad, sijil point MyCSD ni berguna dan laku. Dia ada catat top 10 program yang kita join. Rasanya uni lain tak de pun keluarkan sijil ni. USM je ada, sebab Apex kot. Ceh pepandai jee sbb apex hahaha. Tapi laku laa sijil tu. 

Ha pasal junior yg baru baru ni kan, bukan nak kata dorang tak terlibat langsung event university. Ada. Tapi program sekarang ni dah tak banyak. Compare dengan dulu, program sangat banyak. Dan maybe masa zaman kitorang sebab pengaruh senior jugak, dorang semua push junior join program sebab nanti tak dapat desa hahahah. Rumah sewa kat Penang semua mahal. Apartment pun sewa Rm1300 sebulan. Kalau dduk desa bayar for satu sem RM 500+ lebih je.

Masa zaman first year akak dulu. Uih tak boleh nak bawak bincang penat dia. Ye laa dah laa balik kelas ptg, pastu program senarombik, diskusi, cycling, campus tour la apa petang petang hahahaha. Yang bangang nya kami join. Padahal program kecik kecik semua tu tak wajib pun tapi masa zaman kitorang dia punya kejar point myCSD tu over gila hahahaha. Pengaruh senior punya psal lani. Hahaha. Satu program 2 point je dapat. Kalau jadi ajk program 4. Overall akak kumpul 160 point utk first year. Ramai yang 200 lebih. Satu sem ada 14 minggu. Dua semester ada 28 minggu. Jika akak join seminggu satu program, so 28minggu darab 2 point baru 56. Maksudnya apa tu hahaha. Berbelit belit pulak kira kira ni. Maksud nyaa dapat bayangkan tak dalam seminggu berapa program akk join sampai dapat 160. Pergh hampir everyday ada meeting, ada talk, ceramah. Memalam pulak tu. Penat pun pegi hahahaha. Pernah esok tu quiz tapi malam buang masa pegi meeting. Hahaha.

But junior zaman baru ni macam tak join dah program kecik kecik ni. So maybe itu salah satu faktor kenapa dorang lagi bijak. Sebab ada masa utk study hahaha. Kitorang dulu study tah ke mana, asyik busy aktiviti luar. Hahaha. Tapi akak syorkan korang kalau masuk USM, pegi laa join handle program. Penting nak keja nanti. Ada pengalaman kita lead a group. 

3. Geophy ni bole keja apa?

Hm, ini soalan paling femes akak dapat. Haha. Macam macam bidang bole lari sebenarnya Cuma dapat keja atau tak tuu rezeki la. Geophy ni selalu orang kerja under oil n gas company la. Geotechnical pun bole. Ada gak tanya bole ke keja bidang meteorology? Haa ya bole je cuma kerajaan beb. Kau fikir snang nak msuk. Hahah. 

Dulu akak memula konfiden je cakap geophy bole lari kerja bidang engineering. Then sampai satu hari tu akak baca pasal title Ir ni. Before nak mintak kerja as engineer ni, kena daftar under BEM dulu, sebab nanti company tak ambik sebab tk di iktiraf. Then akak pun buka laa web tengok cara daftar. Sekali ada syarat syarat dia yang mana kos geophy tak bole daftar under BEM. Means uk pikir, lahaii tak bole keja bidang engineering la ni sebab tak daftar BEM hahaha. Tapi lepas tanya supervisor akak, dia kata boleh je. Dulu pun dia pun keja company engineering before jadi lecturer. Cuma title Ir tu maybe kena ambik exam dia ke pa tak sure la. Jangan tanya senang dapat keja tak. Akak tak tahu. Sebab akk masih student hahaha. 

4. Geophysics sama ke dengan Geology?

Allahu. Ini pun antara soalan femes jugak. Hm. Ikut application dia terbalik. Seorang geology akan pergi ke suatu site, drilling or atau buat kerja physical dan dapat nampak secara visible the model of the earth. Lepastu pulang ke office, bring the knowledge pasal subsurface of the earth and do some calculation untuk dapatkan data which computer could recognize. Calculation yg akak cakap tu we called it forward modelling yang mana bukan kira manually.  

Geophysics ni terbalik. Kita pergi site, ambik data (bukan manually ye, computer yang kira) pulang ke office dengan data do some calculation (inverse modelling) dan dapatkan model of the earth.


Forward modelling - Dari model kepada data
Inverse modelling - Dari data kepada model

Means model of the earth adalah interpretation dan based analysis sahaja. Its ambiguous. Mesti korang pelik kan, pegi site bawak comp ke. Hahaha. Ye. Bawak computer. Tapi jangan la bayangkan bawak pc semua tu ya hahaha. Bawak instrument geophysics. Contoh ? 


Kita connect wire wire semua bagai dari bumi (tanah) ke instrument ni. Then auto data calculate by itself. Balik office ccuk pendrive je utk transfer data. Yang akak terang ni hanya analogy sahaja utk bagi paham dan nampak. Japgi korang pergi tanya budak geology pulak pasal forward modelling ke apa entah dorg paham ke tidak. Ahhaha. Ini mcm theory dari akak sahaja. 

Dari segi silibus? Hm, I think ada banyak different jugak. Sebab geophysics belajar banyak bidang dan geology memang pure geology sahaja. Dorg belajar detail pasal geologi selama 3 tahun setengah but geophysics belajar basic geology setahun sahaja. Kalau nak tahu detail geologi bole ambik subjek elektif advanced geology. 

5. Pointer saya lepas ke?

At least 3.6 ke atas tu pun akak tak berani jamin la. Dia tk bole nak cakap jugak sebenarnya sebab ada je pointer 3.4 mcm tu dapat. Rezeki. Zaman sekarang kalau nk betul betul secure 3.7 okay laa. Dulu sekali intake 20 orang mcm tu, tapi batch junior 2017/2018 ni 27 orang. Ramai laa. Dah tak jadi kumpulan kecil. Dan mostly semua yg terpilih atas 3.5. 

So itu je kot. Nak tanya apa apa boleh laa contact akak ye. Whatsapp je ok. Bye! 


6. UPDATE

Some students asked me to give them advice "Should I go to Geophysics instead this course or this course.." Lol I dunno. Its you. Depends on you. I dont have any advice but you all can read 'review' about geophysics from my batch and juniors.

My batch
Juniors

Ramai tanya, akak buat ap skrg. Dah kerja ke. Nope akk sambung master kat UTM. Klik utk baca.