15 January 2018

Geophysics USM

Assalamualaikum.

Hai hai. Hahaha. Jarang aku keluar cita baru kt blog ni tapi actually aku dapat request from iwanumie suruh buat post pasal kos geofizik ni.



Hahaha mesti ramai yang baca post pasal Geofizik tertanya tanya apa dah jadi kat akk ni hahah, senang ke belajar geophy. sorry sebab akak tak update langsung pasal study kat usm. I think dah tiba waktu utuk explain everything (sebab dah nak final year dah hahaha) pasal geofizik yg korang nak tahu. Maybe lepas ni dah kurang junior-junior text akak utk tanya pasal geophy haha

1. Geophysics belajar apa kak?

Okay nak tahu apa? Subjek ke? Nak tahu detail gila-gila ke? Hahaha. Tak delah, sebab ada je budak budak emel akak nak tahu detail sampai mintak lecture notes and past year semua hahah. Hebat tul research korang ni. Haha. Tapi bagus laa, so that tak menyesal kan. 4 tahun kot kalau study benda yg kita sangka kita minat tapi sebenarnya tak minat. Okay berbalik kepada subjek, haa ni dia subjek utk geophysics.

Sem 1
1) Physics I Mechanics
2) Physics III Wave, Vibration, Optics
3) Calculus
4) Physics Practical I
5) Geology I
6) Teras Keusahawanan
7) any subjek uni/ko k


Sem 2

1) Physics II Electricity and Magnetism
2) Physics IV Modern Physics
3) Vector Analysis
4) Geology II
5) Geology Practical
6) SHE ( Hubungan Etnik)
7) any subjek uni/ko k


Sem 3

1)Complex Analysis and Differential Equations
2) Meteorology I
3) Solid Earth Geophysics I
4) Exploration Geophysics I
5) Geophysics Practical
6) TITAS
7) any subjek uni/ko k


Sem 4

1)Geophysical Data Analysis
2) Solid Earth Geophysics II
3) Exploration Geophysics II
4) Geophysics Practical
5) any subjek uni/ko k


Sem 5

1)Introduction to Oceanography
2) Remote Sensing
3)Geophysics Project
4) any subjek uni/ko k
5) elektif/minor
6) FYP


Sem 6

1)FYP
2) Pilih nk ambik elektif/minor. Kena ckupkan unit


Sem 7

Pilih nk ambik elektif/minor. Kena ckupkan unit


Sem 8

minor/elektif/Industrial Training

2. Susah ke kak?

Hahaha bagi akak tak susah pun kalau nak dibandingkan dengan kos engineering ke apa. Sebab subjek subjek geophy ni membaca dan menghafaz je. Tak complex pecah kepala kira kira bagai. Just baca, paham then exam tulis essay. So nak skor dekan tu senang la. Tapi.. kalau tengok subjek first year, haaa yang tuu yang duk tarik pointer orang tu. Ramai yang graduate tak dapat first class honor tu sebab pointer first year. Sapa sapa yang masa first year dia dah dean, or 3.5 ke atas mcm tu kira dah ada peluang laa nak graduate geophysics with first class honor.

Tapi zaman korang senang kottt. Haha. Sebab since senior tahun dulu dulu sampai batch junior akak (kemasukan 2016/2017) memang nak skor susah. Tapi kemasukan batch junior yang baru baru ni, (sidang 2017/2018) nak cakap memang yang terpilih tu semua genius ke apa tk sure haahah. Tapi bagi dorang senang. Bayangkan final baru baru ni, hampir kebanyakan junior cakap calculus soo easy hahaha. I was like… Wow. Tak pernah lagi dalam sejarah orang hbs exam kata calculus easy, paling kuat pun dia kata “bole laa..” hahaha. Maybe sebab zaman junior yang sekarang format n silibus dah lain. Dulu paper calculus gabung dengan linear algebra. Sekarang linear algebra dah buang. So belajar calculus je and tak berat sangat dah.

Dari zaman ke zaman, dari zaman lecturer-lecturer geophysics ni jadi student lagi (lecturer geophysics kebanyakan grad from geophysics USM jugak) it’s not that easy to skor dean babehh (masa first year). Yang skor dean tu hanya yg lahir genius n rajin nak mmpos. Tapi tahun demi tahun, makin modern zaman tu, makin senang nk skor. Yang akak nampak beza junior batch 2017/2018 dengan zaman kitorang dulu (padahal jarak dua tahun je) is penglibatan dalam program utk kumpul point myCSD. 

Okay apa itu MyCSD? Erm, tahu kan every university ada kolej kediaman which is hostel la senang cita. Tapi kat USM tak panggil kolej kediaman (KK) ye.. USM panggil Desasiswa (Desa). Untuk USM and rasanya mmg kebanyakan university mengamalkan sistem kutip point merit utk dapatkan hostel for next year. Tapi kat USM bukan sekadar kutip seronok-seronok ye, nanti grad, sijil point MyCSD ni berguna dan laku. Dia ada catat top 10 program yang kita join. Rasanya uni lain tak de pun keluarkan sijil ni. USM je ada, sebab Apex kot. Ceh pepandai jee sbb apex hahaha. Tapi laku laa sijil tu. 

Ha pasal junior yg baru baru ni kan, bukan nak kata dorang tak terlibat langsung event university. Ada. Tapi program sekarang ni dah tak banyak. Compare dengan dulu, program sangat banyak. Dan maybe masa zaman kitorang sebab pengaruh senior jugak, dorang semua push junior join program sebab nanti tak dapat desa hahahah. Rumah sewa kat Penang semua mahal. Apartment pun sewa Rm1300 sebulan. Kalau dduk desa bayar for satu sem RM 500+ lebih je.

Masa zaman first year akak dulu. Uih tak boleh nak bawak bincang penat dia. Ye laa dah laa balik kelas ptg, pastu program senarombik, diskusi, cycling, campus tour la apa petang petang hahahaha. Yang bangang nya kami join. Padahal program kecik kecik semua tu tak wajib pun tapi masa zaman kitorang dia punya kejar point myCSD tu over gila hahahaha. Pengaruh senior punya psal lani. Hahaha. Satu program 2 point je dapat. Kalau jadi ajk program 4. Overall akak kumpul 160 point utk first year. Ramai yang 200 lebih. Satu sem ada 14 minggu. Dua semester ada 28 minggu. Jika akak join seminggu satu program, so 28minggu darab 2 point baru 56. Maksudnya apa tu hahaha. Berbelit belit pulak kira kira ni. Maksud nyaa dapat bayangkan tak dalam seminggu berapa program akk join sampai dapat 160. Pergh hampir everyday ada meeting, ada talk, ceramah. Memalam pulak tu. Penat pun pegi hahahaha. Pernah esok tu quiz tapi malam buang masa pegi meeting. Hahaha.

But junior zaman baru ni macam tak join dah program kecik kecik ni. So maybe itu salah satu faktor kenapa dorang lagi bijak. Sebab ada masa utk study hahaha. Kitorang dulu study tah ke mana, asyik busy aktiviti luar. Hahaha. Tapi akak syorkan korang kalau masuk USM, pegi laa join handle program. Penting nak keja nanti. Ada pengalaman kita lead a group. 

3. Geophy ni bole keja apa?

Hm, ini soalan paling femes akak dapat. Haha. Macam macam bidang bole lari sebenarnya Cuma dapat keja atau tak tuu rezeki la. Geophy ni selalu orang kerja under oil n gas company la. Geotechnical pun bole. Ada gak tanya bole ke keja bidang meteorology? Haa ya bole je cuma kerajaan beb. Kau fikir snang nak msuk. Hahah. 

Dulu akak memula konfiden je cakap geophy bole lari kerja bidang engineering. Then sampai satu hari tu akak baca pasal title Ir ni. Before nak mintak kerja as engineer ni, kena daftar under BEM dulu, sebab nanti company tak ambik sebab tk di iktiraf. Then akak pun buka laa web tengok cara daftar. Sekali ada syarat syarat dia yang mana kos geophy tak bole daftar under BEM. Means uk pikir, lahaii tak bole keja bidang engineering la ni sebab tak daftar BEM hahaha. Tapi lepas tanya supervisor akak, dia kata boleh je. Dulu pun dia pun keja company engineering before jadi lecturer. Cuma title Ir tu maybe kena ambik exam dia ke pa tak sure la. Jangan tanya senang dapat keja tak. Akak tak tahu. Sebab akk masih student hahaha. 

4. Geophysics sama ke dengan Geology?

Allahu. Ini pun antara soalan femes jugak. Hm. Ikut application dia terbalik. Seorang geology akan pergi ke suatu site, drilling or atau buat kerja physical dan dapat nampak secara visible the model of the earth. Lepastu pulang ke office, bring the knowledge pasal subsurface of the earth and do some calculation untuk dapatkan data which computer could recognize. Calculation yg akak cakap tu we called it forward modelling yang mana bukan kira manually.  

Geophysics ni terbalik. Kita pergi site, ambik data (bukan manually ye, computer yang kira) pulang ke office dengan data do some calculation (inverse modelling) dan dapatkan model of the earth.


Forward modelling - Dari model kepada data
Inverse modelling - Dari data kepada model

Means model of the earth adalah interpretation dan based analysis sahaja. Its ambiguous. Mesti korang pelik kan, pegi site bawak comp ke. Hahaha. Ye. Bawak computer. Tapi jangan la bayangkan bawak pc semua tu ya hahaha. Bawak instrument geophysics. Contoh ? 


Kita connect wire wire semua bagai dari bumi (tanah) ke instrument ni. Then auto data calculate by itself. Balik office ccuk pendrive je utk transfer data. Yang akak terang ni hanya analogy sahaja utk bagi paham dan nampak. Japgi korang pergi tanya budak geology pulak pasal forward modelling ke apa entah dorg paham ke tidak. Ahhaha. Ini mcm theory dari akak sahaja. 

Dari segi silibus? Hm, I think ada banyak different jugak. Sebab geophysics belajar banyak bidang dan geology memang pure geology sahaja. Dorg belajar detail pasal geologi selama 3 tahun setengah but geophysics belajar basic geology setahun sahaja. Kalau nak tahu detail geologi bole ambik subjek elektif advanced geology. 

5. Pointer saya lepas ke?

At least 3.6 ke atas tu pun akak tak berani jamin la. Dia tk bole nak cakap jugak sebenarnya sebab ada je pointer 3.4 mcm tu dapat. Rezeki. Zaman sekarang kalau nk betul betul secure 3.7 okay laa. Dulu sekali intake 20 orang mcm tu, tapi batch junior 2017/2018 ni 27 orang. Ramai laa. Dah tak jadi kumpulan kecil. Dan mostly semua yg terpilih atas 3.5. 

So itu je kot. Nak tanya apa apa boleh laa contact akak ye. Whatsapp je ok. Bye! 


6. UPDATE

Some students asked me to give them advice "Should I go to Geophysics instead this course or this course.." Lol I dunno. Its you. Depends on you. I dont have any advice but you all can read 'review' about geophysics from my batch and juniors.

My batch
Juniors

Ramai tanya, akak buat ap skrg. Dah kerja ke. Nope akk sambung master kat UTM. Klik utk baca.